Pages

Labels

Sunday, May 19, 2019

Latihan Dan Ulangkaji Tingkatan 4


Welcome to your REVISION and EXERCISE page for Form 4. Congratulations for being able to reach this page. It certainly shows that you are taking your lessons seriously. Therefore, I wish you ALL THE BEST.

PENGENALAN


.
Untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun, anda akan menjawab kertas peperiksaan dengan format peperiksaan SPM yang sebenar. Oleh yang demikian, saya akan memperkenalkan kepada anda format sebenar.

Kertas peperiksaan Bahasa Inggeris SPM terdiri dari 2 kertas iaitu:
1.   Paper 1 (Karangan)
2.   Paper 2



Paper 1
Paper 1 mengandungi dua bahagian ( 2 sections): Anda perlu menjawab kedua-dua bahagian. Bahagian pertama (section 1) mengandungi soalan yang dikenali sebagai Directed Writing, manakala bahagian 2 (section 2) mengandungi soalan karangan bebas yang dikenali sebagai Continuous Writing

Untuk peperiksaan Pertengahan Tahun ini, anda tidak perlu menjawab soalan Paper 1 ini.

Paper 2
Paper 2 terdiri dari beberapa bahagian seperti berikut :
1.   Bahagian 1 / Section A - Graphic Stimuli and Short Text`& Rational Cloze test
2.   Bahagian 2 / Section B - Information Transfer
3.   Bahagian 3 / Section C - IReading Comprehension & Summary*
4.   Bahagian 4 / Section D - Literature Component (Poem dan Short Story* (untuk Ting 4) manakala Poem dan Novel (untuk Ting 5 / Format Peperiksaan SPM)

* Untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun ini anda tidak perlu menjawab soalan Summary dan Short Story

Section A
Soalan untuk bahagian ini, anda diberi soalan MCQ (Multiple Choice Question atau Soalan dengan Pelbagai Pilihan jawapan). Terdapat 15 soalan untuk Section B.

Anda mempunyai 4 pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D.

Contoh soalan Graphic (Rajah) Stimuli (ransangan) :


1.   This sign at the monkey's cage in the zoo warns the
       A.   visitors not to feed the monkey
       B.   visitors not to feed themselves
       C.   monkeys not to feed the visitors
       D.   zookeepers not to feed the monkey

Terdapat 8 soalan Graphic Stimuli dan Short Text, iaitu soalan 1 hingga 8.


Bagi soalan Rational Cloze test, anda diberi satu petikan dengan beberapa perkataan dikosongkan untuk anda isi tempat kosong tersebut dengan perkataan yang sepatutnya.

Terdapat 7 tempat kosong untuk anda isi di dalam petikan yang disediakan, iaitu soalan 9 hingga 15.

Contoh soalan Rational Cloze test :

Contrary to popular belief, you will not _____(9)_____ a big spike in your cholesterol level when eating a durian.  In fact, the king of fruits...

9.   A.   has

      B.   have to
      C.   have
      D.   had


Section B
Untuk soalan di bahagian ini, anda diberi satu ilustrasi seperti "iklan" atau "jadual" dan pelbagai lagi, dan anda akan perlu mengisi maklumat dari ilustrasi tersebut ke dalam (a) table / jadual - 5 soalan  (b) petikan samada "mesej", "e-mail" atau "surat" dan sebagainya.- 5 tempat kosong .

Anda perlu mengkaji maklumat yang diperlukan (required) dan meneliti ilustrasi yang disediakan tadi. Seterusnya anda akan mengisi ruang-ruang kosong yang disediakan.

Ia terdiri dari 10 soalan - No. 16 - 20 dan 21 - 25.

Klik di sini untuk melihat contoh ilustrasi dan jadual / petikan yang perlu diisi.


Section C


Untuk soalan di bahagian ini, anda perlu menjawab soalan-soalan comprehension (dari soalan 26 - 30). 

Anda akan diberi satu petikan (cerita/ rencana dsb) dan anda perlu menjawab 5 soalan pemahaman. 

Bahagian ini juga mempunyai soalan Summary atau Rumusan. Anda perlu membuat rumusan bagi beberapa perenggan dari petikan .

Contoh soalan Kefahaman:

26.   From paragraph 2, 
        (a)     How much was the total cost of the house after doing some renovation?
                 ______________________________________________________

        (b)      How many times does the writer and his farther's house were hit by the flood  after they moved in?


                  _____________________________________________________



Section D
Bahagian ini, anda perlu menjawab soalan-soalan berdasarkan pelajaran "poem" dan "short story for form 4 ,  yang dipelajari di dalam kelas atau penerangan di mana-mana "website". Anda perlu menjawab 3 - 5 soalan.bagi "poem" dan satu soalan berdasarkan novel "Dear Mr. Kilmer.".bagi soalan peperiksaan B.Inggeris".



Berikut adalah penerangan yang lebih terperinci. Sila klik  bahagian-bahagian / Sections:
Section A
Section B
Section C
Section D





TAMMAT / FINISHED 






No comments:

Post a Comment