Alhamdulillah, I finally managed to start working on the form 3 guides to Mid Term Examination.
Saya akhirnya berjaya bermula melakukan sesuatu mengenai panduan PPT tingkatan 3.
Introduction /Pendahuluan
Untuk PPT (Peperiksaan Pertengahan Tahun) ini, anda dikehendaki menjawab soalan peperiksaan mengikut format sebenar Pentaksiran Tingkatan 3 Bahasa Inggeris. Walaupun, format sebenar peperiksaan bertulis Bahasa Inggeris untuk tingkatan 3 masih belum disahkan secara rasmi (setakat waktu ini), sudah terdapat buku-buku ulangkaji di pasaran yang mengandungi format peperiksaan terkini. Oleh yang demikian soalan yang disediakan adalah berasaskan format yang terdapat di dalam buku ulangkaji tersebut.
Peperiksaan Bahasa Inggeris Tingkatan 3 format baru terdiri dari dua kertas -
1. Kertas soalan Pemahaman
2. Kertas soalan Penulisan
Kertas Soalan Pemahaman:
Kertas ini terdiri dari 5 Bahagian (Part) :
Part 1 - terdiri dari 8 soalan MCQ (Soalan Pelbagai Pilihan ) dengan 3 pilihan jawapan; A, B dan C.
Contoh soalan :
Part 2 - Terdapat satu petikan pendek (short passage) dengan beberapa perkataan yang salah dari segi grammar disediakan. Perkataan-perkataan tersebut telah digariskan dan bernombor.
Untuk soalan bahagian ini, anda perlu menggantikan perkataan yang bergaris dengan perkataan yang sepatutnya.
Contoh soalan :
Anda hanya perlu menulis jawapan yang betul di ruang yang disediakan di atas kertas jawapan yang diberikan.
Latihan :
Sila cuba menjawab soalan latihan di bawah:
...bersambung...
:
No comments:
Post a Comment