Pages

Labels

Thursday, March 26, 2020

Tip Menjawab Soalan Error Correction Part 2 Kertas 1 Bahasa Inggeris PT3 : #1

Assalamualaikum wbk.

Soalan PT3 Bahasa Inggeris Kertas 1 Part 2 adalah berbentuk "Error Correction" atau Pembetulan Kesalahan. Anda diberi satu teks pendek yang mengandungi 8 perkataan yang digariskan bermula dengan nombor soalan (9) hingga (16). Perkataan-perkataan tersebut adalah SALAH (errors) dari segi "grammar" atau penggunaannya. Anda juga diberi contoh kesalahan perkataan yang ditandakan dengan nombor (0) beserta contoh jawapan di ruang jawapan.



Berikut adalah contoh soalan Part 2, Kertas 1 ini:


Dalam teks di atas, perkataan yang digariskan adalah:

  • (0) but
  • (9) allowing
  • (10) an
  • (11) is
  • (12) asks
  • (13) he
  • (14) had
  • (15) holding
  • (16) photo
Perkataan-perkataan tersebut adalah salah penggunaannya (errors). Anda perlu menggantikan perkataan yang salah dengan perkataan yang betul.

Bagi soalan (0) but - jawapan contoh disediakan iaitu 'and'.



TIP MENJAWAB:

Bagi soalan Error Correction ini, perkataan-perkataan yang dipilih dalam soalan pada umumnya terdiri dari perkataan-perkataan dari kategori yang asas (basic grammar), oleh yang demikian, anda perlu kenali kategori-kategori perkataan yang akan diberi (digariskan) dan pilih jawapan yang betul untuk menggantikan perkataan yang salah dalam kategori perkataan tersebut.

Contoh, soalan (0) perkataan yang salah ialah but, kategori perkataan ini adalah perkataan kata hubung (conjuction). Pilihan perkataan dalam kategori ini ialah: butand, or, so, for, nor dan yet. Oleh itu, sekiranya 'but' adalah salah, maka pilihan jawapan anda ialah 'and','or', 'so', 'for', 'nor' atau 'yet'.

but = tetapi
and = dan
or = atau
so = oleh itu
for = untuk
nor = bukan juga
yet = namun begitu

Baca ayat tersebut dan pilih kata hubung yang sesuai;

  • My name is Serena and I love taking photos underwater - Nama saya Serena dan saya sangat suka mengambil gambar dalam air.
  • My name is Serena or I love taking photos underwater - Nama saya Serena atau saya sangat suka mengambil gambar dalam air.
  • My name is Serena so I love taking photos underwater - Nama saya Serena oleh itu saya sangat suka mengambil gambar dalam air.


Pilihan mana yang lebih sesuai ? andor atau so? Jelas di sini, penggunaan and adalah lebih sesuai, oleh itu jawapannya ialah and.

Senang sahaja... bukan?

-- bersambung --


No comments:

Post a Comment