Pages

Labels

Tuesday, December 16, 2014

PBS : Pentaksiran Sekolah (Panduan) Bhg 1

Definisi Pentaksiran Sekolah
  • Pentaksiran Sekolah (PS) ialah komponen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) keranan pentaksiran ini berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses PdP
  • PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dari aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya
  • PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum
  • PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).


Ciri-ciri PS :
  • Holistik iaitu mampu memberikan maklumat keseluruhan tentang pengetahuan dan kemahiran yang dicapai oleh murid.
  • Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P.
  • Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.
  • Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum.


PS dilaksanakan secara :
  • Formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P.
  • Sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun.


No comments:

Post a Comment